Adun Pas ke kuil: Ulama Pas bertentangan pendirian dengan Nushi
Seorang pemimpin ulama kanan Pas telah membidas tindakan Adun Semenyih Nushi Mahfodz secara berlapis dan samar-samar.
“Ustaz tak jumpa ke ayat-ayat Quran yang boleh jadi dalil bahawa Islam ini agama toleransi dan adil? Tak payah la gi (pergi) kuil ke, gereja ke, untuk buktikan Islam agama toleransi.
“Tafsir, usul fiqh dan qawaeidul fiqh ngaji (belajar) belaka. Tinggal lagi nak amal bila tu?
“Jangan layan semangat playsafe tak tentu hala begitu. Hayatilah surah al-Kafirun,” tulis AJK Dewan Ulama Pas Pusat Mokhtar Senik di media sosial hari ini.
Nushi yang juga Setiausaha Dewan Ulama Pas Pusat telah melawat Kuil Arulmigu Dewi Sri Karumariamman Alayam pada 6 April kerana menyantuni penganut Hindu di kawasannya.
Mokhtar mendakwa bahawa lawatan Nushi membawa mudarat berbanding manfaat kepada agama.
“Mudaratnya kepada jamaah. Kalau pun ada manfaat itu hanya untuk ustaz je,” kata beliau.
Naib pengerusi DAP Syahredzan Johan merangkap Ahli Parlimen Bangi dan Pengarah Jabatan Kajian dan Polisi Lajnah Penerangan PAS Pusat, Nurul Islam Mohamed Yusoff telah mempertahankan tindakan Nushi.
BACA JUGA: Syahredzan anggap kunjungan Adun Pas ke kuil tidak perlu dipolemikkan