Bang Mat buat dengan baik kali ini, kata pengkritik
Seorang aktivis politik yang pernah mengkritik isu-isu pertanian di bawah Datuk Seri Mohamad Sabu, mengakui bahawa Menteri KPKM itu dan pasukannya kini lebih baik dalam menangani isu berbangkit.
Liyana Marzuki yang juga seorang bekas peguam berkata, biarpun pada awalnya Mohamad nampak agak “struggle”, namun prestasi beliau lebih baik kebelakangan ini.
Ia dibuktikan apabila pada musim perayaan kali ini tiada langsung kedengaran isu harga telur, ayam dan daging.
“Raya kali ini tiada kedengaran isu tiada telur, ayam dan daging. Harga barang stabil, bekalan cukup di pasaran. Kecuali iÅŸu santan yang mereka cepat selesaikan
“Walau isu beras yang pembangkang duk highlight. Nampak pasukan Bang Mat kendalikan dengan baik.
“Dua kali naik harga padi untuk pesawah. NAFAS pun dia belasah. BERNAS pun kena kongsi rezeki berpuluh juta,” ulasnya di Facebook.
Kata Liyana, propaganda beras tempatan oleh pembangkang tiada asas, hanya retorik politik.
Beliau melihat Mohamad telah mencuba sehabis baik, malah tidak melatah ketika aktivis Fahmi Reza menghentamnya.
“Setakat ini saya tengok dia mencuba habis baik. Kala geng non partisan seperti Fahmi Reza hentam pun dia tenang sahaja.
“Cytro AMANAH pun tak ada spesis memaki-maki kalau Presiden ditembak. Elok lah. Ini politik matang yang kıta hendak.
“AMANAH ada potensi besar membawa politik Islam Wasatiyah. Ada ramai pemimpin berkualiti di dalamnya. Cuma isunya, selepas Bang Mat, siapa pula?,” katanya lagi.
BACA JUGA PM beri jaminan kaji semula rangka kerja pelantikan kehakiman