Seluruh dunia sedang bergabung melawan dasar Amerika
Seluruh dunia dilihat sedang bergabung melawan dasar tarif baharu Amerika Syarikat (AS) yang lebih tinggi termasuk dalam kalangan rakyat negara itu sendiri.
Menjengah ruangan komentar hantaran NTD Television, rata-rata mengkritik tarif tinggi yang dibimbangi membantutkan pertumbuhan global malah memudaratkan keluarga berpendapatan sederhana dan rendah secara tidak seimbang, termasuk mereka yang berada di AS.
Ramai menyifatkan ekonomi AS merudum bahkan negara yang diterajui Donald Trump itu disifatkan sebagai telah mencetuskan perang perdagangan dan membawa pelbagai ancaman kepada ekonomi global.
“Saya rasa Trump telah tersilap membaca mengapa begitu banyak kilang pembuatan telah meninggalkan AS. Dia tidak akan mengakui bahawa syarikat Amerika Syarikat yang memilih untuk beroperasi di luar negara,” David Ashworth.
“Ekonomi AS merudum. Seluruh dunia akan okey bekerja bersama,” ujar Eamon Masterson.
“Ekonomi AS mungkin telah diambil kesempatan tetapi cara Trump menanganinya menunjukkan kepimpinan yang lemah,” kata Gregory Wilson pula.
Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) JPMorgan Chase, Jamie Dimon dilapor memberi amaran bahawa pertumbuhan ekonomi AS boleh terjejas.
Beliau bimbang terhadap kesan jangka panjang tarif timbal balas AS terhadap hubungan ekonomi global, terutama selepas kejatuhan besar di pasaran saham minggu lalu yang menghapuskan trilion dolar nilai pasaran.
Dalam masa sama, Dimon, 69, yang telah menerajui bank terbesar AS selama 19 tahun menegaskan bahawa risiko inflasi semakin ketara dan tarif boleh menjejaskan keyakinan ekonomi, pelaburan, aliran modal, keuntungan korporat dan nilai dolar AS.
BACA JUGA Terbukti tidaklah dianaktiri, rakyat Kelantan lega projek lebuhraya KBKK hampir siap