Tergamak wanita ini persenda takbir raya PMX

Seorang wanita tergamak mempersenda takbir Hari Raya oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sehingga mengundang kecaman orang ramai.

TikTokers Mastura Norshah menerusi klip rakamannya acah buat muka menyampah seperti tidak terdaya mendengar takbir raya PMX yang sebenarnya telah pun disunting menjadi perlahan.

Tindakannya itu dilihat menggambarkan kebencian melampau terhadap Perdana Menteri sehingga tanpa disedari mempersenda agama Islam.

Susulan itu, ramai mengecam perbuatan keterlaluan penyokong pembangkang berkenaan yang memperlekeh lafaz puji-pujian dan pengagungan kepada Allah SWT sebagai tanda kesyukuran atas berakhirnya bulan Ramadan itu.

Antaranya, TikTokers Wan Hadi yang menyifatkan tindakan itu sebagai jahat kerana gagal memisahkan antara fahaman politik kepartian dan penghormatan terhadap syiar Islam.

“Yang jahat puak-puak ini guna suara takbir Datuk Seri Anwar yang disunting jadi slow motion.

“Punyalah benci puak-puak ini pada PMX. Tidak ada masalah tak sokong atau benci PMX sekalipun, itu masalah kau.

“Tapi mempersenda takbir ni sama macam mempersenda kebesaran Allah SWT. Bagaimana kau boleh mengaku umat Nabi dan beragama Islam tetapi dalam masa sama kau mempermainkan suara takbir yang memuji kebesaran Allah SWT?” bidasnya.

Semakan di akaun TikTok Mastura mendapati video biadab tersebut telah dipadam sebelum dimuat turun dan dikongsi kembali warganet mengecam perbuatan individu yang menggunakan penapis wajah untuk kelihatan cantik dan muda itu.

@wanhadi21

Kelakar ke @Mastura Norshah buat kerja macam ni ? Takbir raya mengagungkan kebesaran Allah Swt. #pmx #anwaribrahim

♬ Sedih menyentuh hati – Yuda Pratama

BACA JUGA Dua ustaz ‘bertempur’ di PRK Ayer Kuning, PN pertaruh Muhaimin jadi calon