Pelaksanaan tarif timbal balik oleh Amerika tergendala seketika
Pelaksanaan tarif timbal balik yang sepatutnya dilaksanakan oleh pentadbiran Presiden Amerika Syarikat Donald J Trump hari ini telah dihentikan buat sementara waktu.
Ia dihentikan selama tempoh 90 hari untuk negara-negara yang tidak melawan Amerika.
Setiausaha Perbendaharaan Scott memberitahu media bahawa Trump menghentikan tarif timbal balik ke atas kebanyakan negara rakan dagang AS namun mengekalkan kadar tarif asas pada 10 peratus, lapor AP.
Ini bermakna Malaysia yang sebelum ini dikenakan tarif sebanyak 24 peratus akan dikurangkan kepada 10 peratus dalam tempoh ini.
Trump bagaimanapun berkeras untuk mengenakan tarif sebanyak 125 peratus ke atas China.
Di Malaysia pula, Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil mengesahkan bahawa Putrajaya akan menghantar misi diplomatik ke Amerika yang diketuai oleh Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengk Zafrul Abdul Aziz untuk berunding.
Rundingan tersebut akan dibuat berdasarkan asas bahawa Malaysia ialah rakan strategik Amerika.
Tindakan di peringkat rantau ASEAN akan diketahui hari ini seusai Mesyuarat Menteri (Kewangan) ASEAN yang dipengerusikan oleh Tengku Zafrul.
BACA JUGA: Kerajaan akan buat keputusan tarif Trump Isnin depan