Pelaksanaan tarif timbal balik terjeda kerana Kesatuan Eropah, dakwa bakal pemimpin Jerman

Bakal Canselor Jerman Friedrich Merz mendakwa pelaksanaan tarif timbal balik oleh pentadbiran Presiden Amerika Syarikat terjeda buat sementara waktu membuktikan kesatuan negara anggota Kesatuan Eropah.

Merz yang diwawancara oleh syarikat penyiaran berita Jerman RTL berkata, Trump membuat pengumuman itu sebagai reaksi kepada kesungguhan rakyat Eropah.

Ketua Kesatuan Eropah Ursula von der Leyen berkata pertubuhan serantau yang diketuainya telah menunjukkan Hasrat untuk mempertahankan diri secara bersepadu.

Dalam pada itu Merz turut menyatakan bahawa beliau akan mengadakan pertemuan empat mata dengan Trump setelah mengangkat sumpah jawatan Canselor.

Beliau berkata akan menyuarakan pandangan bersama kesatuan Eropah terhadap pelaksanaan tarif timbal Balik.

“Secara ideal, kita perlu tarif pada kosong peratus untuk perdagangan Transatlantik.

Merz akan memegang tampuk pemerintahan Jerman pada bulan hadapan.

BACA JUGA: Pelaksanaan tarif timbal balik oleh Amerika tergendala seketika