‘Udang’ di sebalik tarif Trump
Oleh ADRIAN LIM CHEE EN
Hari ini, Trump membuat “u-turn” dengan mengumum pengurangan tarif terhadap hampir kesemua negara (termasuk Malaysia) ke paras 10% selama 90 hari, kecuali China pada paras 125%.
Ada yang kata Trump bodoh. Tetapi lantaklah apa yang nak dikatakan. Dalam pengamatan saya, it was never about “jobs for Americans” atau “the American economy”. It was also never about the tariffs.
Segala aksi yang dibuat oleh Trump pada sebelum ini cuma “smokescreen”, dan “tarif” dijadikan senjata politik ke arah tujuan sebenar Trump.
Sasaran dan tujuan sebenar Trump ialah mendapatkan “grand standing” dengan “menundukkan” China. Kena faham, Trump ini seorang egois dan suka perhatian.
Dalam erti kata lain, TRUMP MAHU MELAKAR LEGASI DAN DIINGAT SEBAGAI “PRESIDEN AS YANG BERJAYA MENYEKAT KEMARAAN CHINA”.
Dalam mengejutkan seluruh dunia dengan pengumuman tarif pelik-pelik sebelum ini, kemudian menurunkan pula tarif terhadap semua negara kecuali China, Trump sedang melaksanakan strategi “isolate” atau penyisihan terhadap China.
Trump sedang memberitahu pemimpin-pemimpin seluruh dunia, “ini amaran, sekarang saya bagi peluang kepada kamu dengan mengenakan tarif 10% sahaja, jangan dekat sangat dengan China, biarkan China bersendirian”.
Bagaimana negara-negara lain membalas, itu masih menjadi persoalan.
Bagaimana pula Xi Jin Ping dan China akan respon?
Ada dua kemungkinan. Saya guna istilah-istilah dalam permainan daun terup “poker”.
- Cabar Trump “show hand”
Penurunan tarif Trump ke paras 10% bukan bersifat kekal lama. Cuma 90 hari seperti yang diumum oleh Trump.
Maka Xi berkemungkinan melengahkan masa dan menunggu sehingga tempoh 90 hari tamat sebagai cabaran terhadap Trump untuk “show hand”.
Maksudnya, Xi mencabar Trump melaksanakan tarif gila-gila yang diumum sebelum ini.
Selepas 90 hari, sama ada Trump menaikkan semula tarif ke paras yang diumum pada sebelum ini atau kekal pada 10%, kedua-duanya memberi manfaat kepada China.
Sekiranya tarif dinaikkan semula, seluruh dunia akan hilang kepercayaan terhadap Trump dan AS, dan ini akan memberi impak negatif terhadap ekonomi AS.
Sekiranya tarif tidak dinaikkan semula, ego Trump pula tercalar. Malulah Trump, tercalar ego Trump dikatakan tin kosong atau harimau tanpa taring.
- “Fold”, kepentingan negara mendahului kepentingan ego Xi
Ideologi dan pendekatan China amat berbeza dengan AS.
Di AS, sama ada dalam perniagaan atau politik, mereka selalunya mendepankan sosok tubuh sebagai imej.
Sebagai contoh, wajah Apple adalah mendiang Steve Jobs. Wajah Tesla adalah Elon Musk. Contoh lagi, lebih ramai mengenali Warren Buffet berbanding nama syarikatnya Berkshire Hathaway.
Penjenamaan di AS lazimnya ke arah mengagungkan sosok tubuh kerana begitulah sifat orang AS.
Namun, pendekatan di China ialah, kepentingan diri sendiri tidak boleh mendahului kepentingan negara.
Sebagai contoh, orang kenal XiaoMi, tetapi tidak kenal Lei Jun (pengasas XiaoMi).
Orang kenal HuaWei, tetapi tidak kenal Ren Zheng Fei (pengasas HuaWei).
Orang kenal BYD, tetapi tidak kenal Wang Chuan Fu (pengasas BYD).
Malah, orang yang terlalu ghairah menaikkan nama sendiri seperti Jack Ma, hari ini terpaksa tunduk.
Ini berbalik kepada ideologi di China, di mana kepentingan sosok tubuh tidak boleh sesekali mendahului kepentingan negara. Negara wajib di depan. Country first.
Maka tidak mustahil sekiranya Presiden China Xi, tunduk seketika, sekiranya “tunduk” itu memberi lebih banyak manfaat ekonomi berbanding kemudaratan.
Biarlah ego calar sedikit, tetapi country must be first.
Tidak gelojoh
Di peringkat Malaysia, baru-baru ini, PM telah mengumumkan bahawa pendirian Malaysia adalah terus berdialog dan berunding.
Pendirian itu adalah tepat walaupun terdapat pihak cuba mengambil kesempatan dengan menuduh Kerajaan Malaysia lemah, tiada keberanian dan sebagainya.
Malaysia sebenarnya tidak perlu bersikap gelojoh atau mengambil pendirian terlalu keras kerana sasaran Trump bukannya Malaysia pun.
Apalah sangat kedudukan Malaysia sampai Trump nak sangat target Malaysia? Jadi, tidak perlu kita bersikap keras sangat.
Kita sebagai negara kecil, tidak perlu ambil side mana-mana. Malah, sekiranya perlu “tunduk” sedikit pun, tunduk sajalah sekiranya tindakan “tunduk” itu mendatangkan lebih banyak manfaat ekonomi berbanding kemudaratan ekonomi.
Sifat “tunduk” tidak semestinya bermaksud terima penghinaan. Ianya juga sikap mulia, rendah diri, tidak riak, tidak gelojoh dan sentiasa membuka peluang perdagangan as long as it benefits ekonomi Malaysia.
BACA JUGA Pelbagai video persenda Trump selepas kenakan tarif baharu lebih tinggi