Anwar minta kepimpinan PKR yang terpilih nanti bawa perjuangan rakyat terbanyak
Kepimpinan PKR yang terpilih di dalam pemilihan parti kali ini perlu membawa perjuangan rakyat terbanyak, kata presiden parti Datuk Seri Anwar Ibrahim kepada semua calon yang terlibat dalam pemilihan hari ini.
“Proses ini harus berlangsung dalam semangat kekeluargaan dan penuh etika, menjauhi budaya yang memecahbelahkan.
“Demokrasi dalaman parti perlu diperkukuh demi masa depan yang lebih utuh.
“Seperti yang sering saya tegaskan — KEADILAN bukan sekadar parti politik, namun wadah perjuangan rakyat.
“Maka, pilihlah kepimpinan yang berintegriti, amanah dan benar-benar membawa suara rakyat terbanyak,” kata beliau menerusi laman Facebook.
Pemilihan peringkat bahagian bermula hari ini sehingga 20 April.
Pemilihan PKR peringkat pusat akan berlangsung pada 24 April.
BACA JUGA MB Terengganu kecam langkah keselamatan kerana tidak tahu protokol VVIP, dakwa pengkritik