Fahmi cabar Annuar Musa bersemuka dengan penduduk Kg Sungai baru
Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil mencabar bekas Menteri Wilayah Persekutuan sewaktu kerajaan Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Annuar Musa untuk turun berdepan dengan penduduk Kampung Sungai Baru jika beliau berani.
Fahmi berkata, tidak perlulah untuk Annuar berkempen mempertahankan karikatur menyindir kerajaan kerana isu pengambilalihan tanah secara paksa ini bermula dari PN sendiri.
“Kalau nak kempen cara itu (karikatur sindir kerajaan), masa dia jadi kerajaan apa dia buat jadi kalau tengok isu Kampung Sungai Baru kononnya 23 Ahli Parlimen PN turun nak perjuangkan hak.
“Rupanya, tiga menteri (PN) terbabit, dalam isu pengambilalihan secara paksa.
“Saya rasa Annuar kena jawab banyak benda, tak payah kempen PRK turun ke Kampung Sungai Baru, saya nak tengok dia berani tak berdepan penduduk Kampung Sungai Baru…saya rasa dia tak berani, dia akan lari,” katanya pada sidang media di Nadi Ayer Kuning hari ini.
Sebelum ini Tuan Ibrahim berpendapat pihak terlibat dalam pengambilan tanah di Kampung Sungai Baru, ketika PN memerintah perlu memberi penjelasan kepada penduduk terjejas.
Kenyataan beliau itu seolah memberi gambaran bahawa PN bersalah dalam isu ini.
Hari ini pula Tan Sri Mahiaddin Md Yassin mendakwa keputusan pengambilan tanah tersebut yang dibuat di bawah Akta Pengambilan Tanah 1960 tidak melibatkan beliau sebagai Perdana Menteri pada waktu itu.
BACA JUGA Orang Sabah jelaskan kenapa Samsuri ‘ditahan’ di KKIA Sabah