Ini dia kronologi isu pengurusan Menara KL

OLEH AHMAD MURSI

𝟏𝟗𝟗𝟔 – Menara KL dibuka dan diurus oleh Menara Kuala Lumpur Sdn Bhd (MKLSB), anak syarikat Telekom Malaysia (TM).

𝟏𝟒 𝐌𝐚𝐜 𝟐𝟎𝟏𝟏 – MKLSB menandatangani perjanjian konsesi 10 tahun dengan kerajaan Malaysia, kontrak sehingga 31 Disember 2021.

𝟑𝟎 𝐎𝐠𝐨𝐬 𝟐𝟎𝟐𝟏 – T.S Annuar Musa dilantik sebagai Menteri Komunikasi dan Multimedia Malaysia.

𝟑𝟏 𝐃𝐢𝐬𝐞𝐦𝐛𝐞𝐫 𝟐𝟎𝟐𝟏 – Kontrak MKLSB tamat.

𝟗 𝐍𝐨𝐯𝐞𝐦𝐛𝐞𝐫 𝟐𝟎𝟐𝟐 – Hydroshoppe mendakwa dapat lanjutan konsesi 30 tahun melalui MKLSB sehingga 2051 kelulusan di zaman kerajaan Tebok Atap.

𝟑𝟏 𝐃𝐢𝐬𝐞𝐦𝐛𝐞𝐫 𝟐𝟎𝟐𝟐 – TM sahkan 100% saham MKLSB telah dijual kepada Hydroshoppe kerana TM hendak fokus kepada perniagaan utama mereka. Tiada tender terbuka mengundang kritikan dan siasatan SPRM.

Hydrishoppe hanya syarikat modal berbayar kecil, tubuh tahun 2018, tiada pengalaman urus hartanah dan aset penting atau pelancongan.

Transaksi secara senyap kepada syarikat bukan GLC melibatkan pengurusan aset strategik negara membimbangkan banyak pihak.

𝐀𝐰𝐚𝐥 𝟐𝟎𝟐𝟑 – Kerajaan umum pengurusan Menara KL akan melalui proses Request for Proposal (RFP) bagi memilih pengendali baharu. 8 Syarikat masuk tender, 5 dinilai termasuk MKLSB (Hydroshoppe).

𝟓 𝐀𝐩𝐫𝐢𝐥 𝟐𝟎𝟐𝟑 – Pengarah Hydroshoppe Sdn Bhd didakwa oleh SPRM tawar suapan RM500,000 setahun selama 15 tahun (total RM7.5juta) kepada TS Annuar Musa melalui orang tengah, dorongan percepat kelulusan ambil alih konsesi Menara KL.

𝟐𝟗 𝐌𝐞𝐢 𝟐𝟎𝟐𝟒 – Menteri umum syarikat LSH usahama dengan Service Master (bumiputra) akan ambil alih operasi pengurusan setelah menang tender untuk tempoh 20 tahun bermula 1 April 2025. Menara itu kekal milik Kerajaan Malaysia 100%, hanya pengurusan berubah. MKLSB (Hydroshoppe) kalah tender.

𝟏𝟖 𝐃𝐢𝐬𝐞𝐦𝐛𝐞𝐫 𝟐𝟎𝟐𝟒 – MKLSB (Hydroshoppe) hantar surat pemberhentian kerja kepada semua pekerjanya bermula 31 Mac 2025.

𝟑𝟏 𝐌𝐚𝐜 𝟐𝟎𝟐𝟓 – MKLSB & Hydroshoppe memfailkan saman terhadap kerajaan Malaysia dan LSHSM, kononnya Penamatan kontrak konsesi mereka adalah tidak sah dan mohon ganti rugi sebanyak RM1 bilion.

𝟑𝟏 𝐌𝐚𝐜 𝟐𝟎𝟐𝟓 – MKLSB (Hydroshoppe) buat kenyataan Media bimbang dan sedih diusir pada Hari Raya Pertama. Walhal mereka telah buang kesemua pekerja pada tarikh ini, notis diberi 3 bulan sebelumnya.

𝟖 𝐀𝐩𝐫𝐢𝐥 𝟐𝟎𝟐𝟓 – Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menolak permohonan injunksi oleh MKLSB untuk menghalang LSHSM mengambil alih pengurusan operasi Menara KL. Mahkamah menyatakan keseimbangan kepentingan tidak menyebelahi MKLSB.

𝟖 𝐀𝐩𝐫𝐢𝐥 𝟐𝟎𝟐𝟓 – 193 dari 205 pekerja lama MKLSB diterima kerja di LSHSM dengan benefit yang sama dan tiada pengurangan.

BACA JUGA Calon PN enggan ulas dakwaan tipu tauliah mengajar agama