Pemilihan PKR: Amirudin, Altimet sah pertahan kedudukan ketua cabang
Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari mempertahankan kedudukannya sebagai Ketua PKR Cabang Gombak buat dua penggal berturut-turut.
Dalam pemilihan semalam, ADUN Sungai Tua itu menang tanpa bertanding.
Amirudin telah menerajui Cabang Gombak sejak 2022 dan terus dilihat sebagai tokoh utama dalam landskap politik Selangor.
Beliau kini meneruskan kepimpinannya untuk tiga tahun lagi 2025-2028.
Sementara itu, penyanyi rap, Syed Ahmad Abdul Rahman Alhadad, lebih dikenali sebagai Altimet, mengukuh kedudukannya sebagai Ketua Cabang Ampang pada pemilihan kali ini.
Berdasarkan laman sesawang Pemilihan 2025 PKR, Altimet yang juga ADUN Lembah Jaya, meraih 1,926 undi, mengalahkan dua calon lain dalam pertembungan tiga penjuru.
Dua calon lain iaitu Mohd Kamri Kamaruddin memperoleh sebanyak 1,637 undi, manakala Azrul Azwar Ahmad Tajudin (236).
Secara keseluruhan bagi Cabang Ampang, terdapat 4,636 ahli PKR yang layak mengundi dengan 3,815 kertas undi dikeluarkan.
BACA JUGA Pemilihan PKR: Adam Adli kalah di Hang Tuah Jaya, Shamsul Iskandar menang