Azmin, tolong jelas sikit isu ni kepada rakan awak MB Terengganu tu
Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali mungkin boleh memberi penjelasan kepada rakannya, Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berhubung isu ‘ditahan’ di lapangan terbang.
Azmin pada 6 Mei 2016, ketika itu sebagai Menteri Besar Selangor telah ditahan di Lapangan Terbang Kuching dan dihalang masuk Sarawak ketika berhasrat masuk Sarawak berkempen sempena PRN Sarawak 2016.
Penganalisis, Adrian Lim Chee En berpendapat mana-mana ahli politik perlu akur dengan tindakan Kerajaan Sarawak memandangkan itu kuasa mutlak Premier Menteri (sekarang “Premier”) Sarawak.
“Bawa ke mahkamah pun pasti kalah sebab kuasa imigresen Sarawak (dan Sabah) adalah di bawah bidang kuasa Kerajaan Sarawak (dan Sabah).
“Sekarang, MB Terengganu tidak dihalang. Cuma diminta tunggu sebentar, kemudian dibenar masuk. Tidak timbul pun isu disekat atau dihalang masuk Sabah.
“Tapi dibuat kenyataan seolah-olah begitu kesian sampai tahap kena sekat sedangkan ianya tiada kena mengena dengan Kerajaan Persekutuan,” katanya.

Terdahulu, Ahmad Samsuri pada 10 April lalu mendakwa dirinya dilabel dan ditanda sebagai individu di bawah status pengawasan pihak berkuasa sejak pertengahan tahun lalu.
Susulan itu, Menteri Dalam Negeri Saifuddin Nasution Ismail dalam reaksinya menegaskan bahawa tiada keperluan untuk mengintip pergerakan wakil rakyat Pas berkenaan yang sentiasa didampingi anggota polis.
Malah, Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain menyatakan pihaknya tidak pernah meletakkan Ahmad Samsuri dalam Senarai Pekeliling Khas (SPK) kerana beliau bukan seorang penjenayah.
Mengulas lanjut, Adrian Lim menegaskan tindakan ‘menahan’ itu merupakan bidang kuasa autonomi Sarawak dan Sabah.
Sehubungan itu, Naib Presiden Pas berkenaan dinasihatkan supaya memahamai asas pembentukan Persekutuan Malaysia terlebih dahulu.
“Sekiranya Dr Sam berhasrat menjadi PM suatu hari nanti, kena fahami terlebih dahulu kuasa autonomi Sarawak (dan Sabah) terlebih dahulu.
“Sarawak (dan Sabah) bukan level “negeri”.
“Sarawak (dan Sabah) bertaraf rakan kongsi bersama seluruh Semenanjung Malaysia (dahulunya “Malaya”).
“Persekutuan Malaysia dibentuk oleh Semenanjung Malaysia (dahulunya “Malaya”), Sabah (dahulunya “Borneo Utara”) dan Sarawak,” jelas Adrian Lim lagi.
Sejak kelmarin, tular pula foto Ahmad Samsuri sedang duduk di kerusi di sebuah lapangan terbang pada 7 April lalu ketika pulang dari Sabah.
BACA JUGA Patutlah Sultan Pahang ‘naik darah’, ini sebabnya