Plot twist Sungai Baru menggemparkan, melucukan
Percayalah kata-kata saya, maka hilanglah pejuang-pejuang Melayu apabila mengetahui yang hendak jual tanah orang Melayu itu adalah pejuang-pejuang Melayu sendiri.
‘Hidup Melayu’, bangsat DAP, barua DAP, ‘anak Kecil main api’ dan macam-macam lagi kedengaran dari suara-suara pejuang Melayu.
Akhirnya, yang gadai Rizab Melayu itu adalah orang Melayu atau pemimpin yang menjerit Melayu, Melayu, Melayu itu sendiri.
Tular di media sosial sebuah video memaparkan penduduk minoriti Kampung Sungai Baru melahirkan rasa kecewa terhadap proses pengambilan tanah yang berlaku pada Jun 2021 ketika negara dalam fasa PKP penuh.
Allah tunjukkan di dunia lagi. Berkali-kali Allah ulang dalam Al Quran, surah Al Qamar, “Adakah sesiapa yang mahu mengambil iktibar?”
Kenapa sehingga sekarang Annuar Musa, Shahidan Kassim dan Rina Harun nama yang disebut tidak mahu tampil mengadap penduduk Kampung Sungai Baru? Bukankah kalian pejuang Melayu?
Ke mana menghilang suara pejuang-pejuan Melayu apabila didedahkan oleh penduduk Kampung Sungai Baru?
Saya jamin mereka yang hentam kerajaan dulu akan senyap… mereka tidak lagi akan bela nasib orang Melayu Kampung Sungai Baru.
Niat Ahli Parlimen pembangkang hadir beramai-ramai mahu tunggang isu ini akhirnya diaibkan. Rupa-rupanya ia dilakukan ketika mereka menjadi kerajaan 33 bulan.
Sebab itulah Anwar selalu katakan, “Jerit Melayu Melayu, tapi kamu yang rompak harta-harta orang Melayu.” Yang rompak bangsa sendiri, yang disalahkan bangsa Cina.
Candu bangsa yang mengkhayalkan orang Melayu ini gagal di Kampung Sungai Baru apabila perancangan Allah itu jauh lebih baik untuk umat.
Dahulu waktu 33 bulan kononnya berbilion duit rakyat untuk Jana Wibawa bantu orang Melayu. Tapi rupanya orang Cina ‘dibumiputerakan’ banyak menerima projek tersebut.
Ada kawan saya tulis di media sosial miliknya, kenapa wakil rakyat Cina tidak datang tolong penduduk Kanpung Sungai Baru seperti di Raub? Saya tersenyum. Dalam hati kata berkata kenapa dungu sangat dia ini.
Saya jelaskan di sini dan harap kawan itu membacanya… kes di Raub ahli Parlimennya turun membela sb kawasan dia. Dia bertindak atas kapasiti peribadi bukannya parti dan kerajaan.
Kita semua sangat gembira selepas 30 tahun akhirnya penceroboh atau peniaga haram berjaya dihapuskan. Tiada siapa mahu bela peniaga haram tersebut.. salah tetap salah.
Kerajaan pusat mahu negeri bersetuju tindakan diambil walaupun ia adalah di kawasan Parlimen kerajaan.
Sepertimana berlaku di Kedah, PBT ambil tindakan (tular video), kita tidak tuduh PBT kejam kepada peniaga ‘Rambo’ di sana.
Malah, kita sokong sebab ia menyalahi undang-undang. Nampak daya intelektual penyokong kerajaan yang tidak mengambil kesempatan politik dalam hal-hal yang menyalahi undang.
Kes di Kampung Sungai Baru ini membabitkan Ahli Parlimen Rina Harun dan Menterinya adalah dari kerajaan PN ketika itu. Kenapa pula MP Raub nak pergi bantu?
Steven Sim selalu bantu orang Melayu kena maki juga makan duit Cina. Sebenarnya, pemikiran org Melayu terus dirosakkan dgn sentimen bangsa.
Tidak seperti isu Abang Belon. Habis ditunggang pembangkang walaupun bersalah. Padahal, ratusan peniaga yang tertindas kerana ratusan peniaga Rambo tiada pemimpin pembangkang mahu membela.
Berbalik isu Kampung Sungai Baru, watak-watak pemimpin PN seperti disebutkan penduduk Kampung Sungai Baru tidak ubah watak Fadlan anak Datuk Zul, dalam filem Blood Brothers.
Fadlan yang membunuh adiknya tetapi berlagak dialah yang hendak membela kematian tersebut. Rupa-rupanya drama Kampung Sungai Baru pun ada plot twist juga.
Ingat! Penyokong yang bijak, yang salah tetap salah, mereka tidak akan membelanya tetapi orang yng dungu… Yang salah dibenarkan malah membelanya.
BACA JUGA Patutlah Sultan Pahang ‘naik darah’, ini sebabnya