Ini senarai sektor boleh untung besar hasil lawatan Xi Jinping, Malaysia tengah ‘hot’ sekarang

Oleh TAUFIQ AZMAN

Xi Jinping sudah sampai Malaysia — dan dunia tengah perhatikan kita.

Bunyi macam biasa je, kan? Tapi sebenarnya, lawatan kali ni lain macam.

Kenapa?

Sebab ini bukan sekadar lawatan biasa — ini “high-stakes visit” ketika dunia sedang berperang dalam arena ekonomi.

Nak tahu apa yang buat lawatan ni sangat penting?

  • Ini lawatan pertama Xi ke Malaysia sejak 2013 — dah 12 tahun kita tunggu.
  • Malaysia bakal Pengerusi ASEAN 2025 — semua mata sekarang pandang ke arah kita.
  • Datang semasa dunia sedang sibuk dengan perang dagang — timing dia sangat strategik.
  • Tempoh lawatan kali ini juga lebih panjang daripada biasa — isyarat hubungan yang makin kukuh.

Apa kita bakal dapat? Banyak. Dan semuanya bagi impak terus ke ekonomi kita.

  1. Ekonomi Digital & AI Boom
  • 6 MoU ditandatangani.
  • Huawei dan Skyvast akan bina AI cloud berdaulat di Malaysia.
  • AI akan masuk ke logistik, e-commerce, imigresen dan pengangkutan.
  • Dua makmal penyelidikan AI akan ditubuhkan antara universiti Malaysia dan China.

Ini bukan sembang kosong — ini langkah ke depan dalam dunia digital dan teknologi.

  1. Pelaburan & Perdagangan
  • China = rakan dagang nombor 1 Malaysia untuk 16 tahun berturut-turut.
  • Perdagangan dua hala cecah RM470 hingga RM484 bilion tahun lepas.
  • Ada strong hint China akan tambah import minyak sawit Malaysia — satu kemenangan besar untuk kita.
  • Malaysia mula jadi base penting dalam ASEAN untuk pelaburan.

3. Infrastruktur & Tenaga

    • 19 projek “Twin Parks” diluluskan bernilai RM25.7 bilion, cipta 7,500 kerja.
    • ECRL (projek RM45+ bilion) berpotensi dipercepat.
    • Perbincangan projek hijau: solar, bateri EV, hidroelektrik.
    • Petronas dan syarikat China mungkin kerjasama dalam LNG dan petrokimia.

    4. Kewangan & Mata Wang

      • Malaysia dan China bincang guna mata wang sendiri untuk elak bergantung pada USD.
      • Ini langkah bijak untuk menstabilkan dagangan dan lindung dari risiko geopolitik.

      Apa maksud semua ni untuk kita?

      = Lebih banyak peluang pekerjaan.

      = Masuknya pelaburan asing.

      = Pasaran saham mungkin akan “meriah” balik.

      Sektor yang boleh untung besar?

      • Tech & AI — Syarikat berkaitan cloud, AI, digital solutions.
      • Minyak sawit — Kalau China tambah import, boleh boost keuntungan.
      • Pembinaan & Infrastruktur — Projek ECRL & BRI boleh bagi lonjakan besar.
      • Logistik — E-dagang rentas sempadan = lebih banyak pergerakan barang.

      Jadi, lawatan ini bukan setakat sambutan merah karpet dan makan malam rasmi.

      Ini tentang masa depan ekonomi kita.

      Soalan seterusnya:

      Adakah Trump pun akan datang selepas ini?

      Let’s wait and see. Malaysia tengah hot sekarang.

      BACA JUGA: Terkejut akhbar ini buat tajuk jahat, isu bendera bukan ‘Melayu vs Cina’