Terkejut akhbar ini buat tajuk jahat, isu bendera bukan ‘Melayu vs Cina’

Akhbar Oriental Daily versi atas talian menyiarkan laporan bertajuk “Melayu merasakan permohonan maaf tidak memadai” sekaligus dilihat bermotifkan jahat.

Perkara tersebut didedahkan pempengaruh Adrian Lim Chee En yang menegaskan bahawa isu ilustrasi Jalur Gemilang yang tidak lengkap tanpa bulan sabit dalam penerbitan akhbar Sin Chew Daily bukannya isu ‘Melayu vs Cina’.

“Saya sebagai orang Cina tertanya-tanya, apa sebabnya akhbar Oriental Daily membuat tajuk “Melayu merasakan permohonan maaf tidak memadai”?

“Adakah Oriental Daily sedang menghasut orang Cina mengkesiankan Sin Chew, seterusnya menjadikan ini naratif “orang Cina mempertahankan Sin Chew vs orang Melayu membantai Sin Chew“?

“Ini naratif yang sangat bahaya & jahat!

“Isu jalur gemilang bukan isu Melayu vs Cina. Isu ini melibatkan seluruh negara tanpa mengira kaum dan bangsa,” tegasnya.

Dalam masa sama, jelasnya, masyarakat Cina bahkan mengecam penerbitan Sin Chew Daily yang disifatkan sebagai tidak menghormati Jalur Gemilang.

“Ada hos berbangsa Cina buat video kecam Sin Chew.

“Ada ribuan netizen Cina membantai Sin Chew! Akhbar Oriental Daily tak nampak, ke buat-buat tak nampak?” tempelaknya.

Adrian Lim berpendapat pertembungan antara kaum tidak akan terjadi sekiranya cuma satu pihak menghasut dan menjadi ekstrem.

Menurutnya, konflik membabitkan perbezaan kaum memerlukan dua puak jahat barulah ianya akan berlaku.

“Dia kena ada penghasut dalam kalangan orang Cina / India dia juga kena ada penghasut dalam kalangan orang Melayu.

“Ekstrem Cina / India vs ekstrem Melayu barulah ada pertembungan untuk memporak-perandakan negara. Faham peranan media?” tegasnya lagi.

BACA JUGA: Sin Chew Daily sedang disiasat di bawah dua akta, kata KDN