Ini titah Agong berhubung kontroversi Jalur Gemilang

Jalur Gemilang adalah lambang kedaulatan dan identiti negara yang tidak boleh dipersendakan, titah Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim.

Seri Paduka Baginda, bertitah bendera bukan sekadar kain bercorak yang berwarna-warni, tetapi mewakili perjuangan, sejarah, erti kemerdekaan serta semangat rakyat jelata.

“Kita sebagai rakyat mengibarkan bendera dengan rasa megah dan semangat patriotik dalam kalangan masyarakat berbilang bangsa.

“Kesilapan memaparkan gambar Jalur Gemilang tanpa bulan sabit seperti disiarkan dalam muka hadapan di sebuah akhbar berbahasa Cina tempatan boleh mencetuskan sensitiviti rakyat dan tidak boleh diterima,” titah Seri Paduka Baginda menerusi Facebook.

Seri Paduka Baginda turut mengingatkan pihak pengurusan dan jabatan pengarang akhbar berkenaan seharusnya lebih peka dan menyemak sesuatu bahan siaran terlebih dahulu sebelum dicetak untuk siaran

Ia ekoran penerbitan Jalur Gemilang tanpa bulan sabit di muka depan Sin Chew Daily semalam.

BACA JUGA: Sin Chew Daily sedang disiasat di bawah dua akta, kata KDN