Tsunami akibat gempa bumi di Laut Maluku? Ini penjelasan MET Malaysia

Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) memaklumkan tiada ancaman tsunami kepada Malaysia susulan gempa bumi sederhana yang melanda Utara Laut Maluku pada pukul 8.51 pagi tadi.

Menerusi satu hantaran daripada MetMalaysia, gempa kuat tersebut berukuran 5.7 skala magnitud.

“Kejadian berlaku di 0.4 darjah Utara dan 125.0 darjah Timur dengan kedalaman 10 kilometer (km).

“Ia terjadi 105 km selatan dari Tomohon, Indonesia,” kata METMalaysia lagi.

BACA JUGA Nak masuk PRK isu ‘lendir’ pun kembali, ini sebabnya jangan mudah sangat sebut ‘planta’