Nak masuk PRK isu ‘lendir’ pun kembali, ini sebabnya jangan mudah sangat sebut ‘planta’

Oleh MUKHLIS SHARIF

Pelik nak masuk PRK/PRN mesti isu lendir ditimbulkan kembali.

Saya hendak ingatkan anak muda yang terikut-ikut politik Machiavelli orang tua, yang sanggup buat apa sahaja demi kemenangan tanpa kenal dosa dan pahala.

Saya dari dulu ikut kes liwat 2 dan the crux of the matter pertuduhan tersebut adalah berdasarkan sampel DNA tertuduh pada seluar dalam dan dalam mahkamah sendiri tak ada bukti berlaku peneterasi.

Ini selaras dengan tuduhan zina/liwat dalam Islam yang memerlukan dia mesti membawa 4 orang saksi lelaki yang adil yang menyaksikan perbuatan zina itu berlaku dengan jelas, iaitu:

Melihat dengan mata kepala sendiri, secara jelas dan langsung.

Perbuatan itu mestilah seperti “masuknya jarum ke dalam botol” (al-mihyanu fi al-mikhan), maksudnya penetrasi yang jelas antara zakar dan faraj.

Kalau tuduh zina tanpa cukup bukti, orang itu boleh dihukum atas kesalahan qazaf.

Hukuman qazaf cukup mudah kalau tak cukup 4 saksi; 80 sebatan, jadi fasik dan kesaksian di tolak selama-lamanya. Jadi wali anak perempuan sendiri pun tak boleh.

“Dan orang-orang yang menuduh wanita-wanita yang baik (berzina), kemudian mereka tidak mendatangkan empat orang saksi, maka sebatlah mereka dengan 80 kali sebatan, dan janganlah kamu terima kesaksian mereka buat selama-lamanya; dan mereka itulah orang-orang yang fasiq.” (Surah an-Nur, ayat 4)

Tiga individu ini kerap memfitnah kait dengan HIV, ‘planta’ yang kemudian menjadi ‘sumber’ info kepada sebahagian penyokong Pas.

Sebenarnya, untuk kes ini di Mahkamah Tinggi, Anwar menang.

Petikan “Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah ketika menyampaikan keputusannya menegaskan bahawa mahkamah tidak dapat memastikan 100 peratus bahawa integriti sampel DNA tidak terusik.”

Sayugia saya hendak nasihatkan anak-anak muda, jangan mudah sangat guna perkataan kinayah atau kiasan macam planta, main pedang, kabur yang tak sebut nama tapi jelas terhadap individu tertentu.

Sebabnya apa, kalau betul yang dituduh buat dan dia bertaubat, akan jadi ghibbah. Kalau tak betul yang dituduh akan jadi qazaf.

Paling kita kena takut apabila diuji dengan dosa yang dicerca.

Berkaitan perkara ini terdapat satu hadis yang diriwayatkan oleh Imam al-Tirmidzi yang membawa maksud sedemikian.

Diriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda:

«مَنْ عَيَّرَ أَخَاهُ بِذَنْبٍ لَمْ يَمُتْ حَتَّى يَعْمَلَهُ» قَالَ أَحْمَدُ: قَالُوا: «مِنْ ذَنْبٍ قَدْ تَابَ مِنْهُ»

Maksudnya: “Sesiapa yang mengejek saudara seagamanya atas dosa yang dilakukannya, maka dia tidak akan meninggal dunia kecuali dia diuji melakukan dosa tersebut.”

“Menurut Imam Ahmad, para ulama menyatakan bahawa ia daripada dosa yang telah dia bertaubat daripadanya.” Riwayat al-Tirmidzi (2505)

Keturunan penuduh

Benda kifarah ini tidak tentu, kalau tak kena pada diri penuduh, akan kena pada anak-anak penuduh, isteri atau paling teruk pada keturunan penuduh.

Kalau rasa doa selalu tak makbul, hidup tak tenang, mungkin sebab pernah buat benda tak baik sesama manusia. Ingat, balasan Allah ini tak tentu bila tapi pasti akan jadi.

Dan sebagai penutup, cuba periksa balik pengakhiran aktor-aktor kes liwat yang lalu, banyak yang berakhir dengan sadis dan tragis.

Yang hidup panjang pula menghabiskan sisa hidup dengan merapu-rapu dan memalukan diri sendiri sebagaimana doa Allahyarham Tuan Guru Nik Aziz (ATGNA) yang lalu.

ATGNA “Soal Anwar Ibrahim ini, orang yang berkelayakan menjadi Perdana menteri, dan dia ini bekas menteri kewangan. Dia tahu selok belok, dia mempunyai pelajaran, dikenali di antarabangsa, dia memang layak Menjadi Perdana Menteri. Tiba-tiba orang tak nak beri dia jadi Perdana Menteri, macam-macam ikhtiar, macam-macam sekatan dibuat, Allah Taala akan JAHANAMKAN ORANG JAHAT, Insyallah.”

WAllahualam.

BACA JUGA Sembang konon ramai takut dengan kerajaan MADANI, Tun M ‘mudah lupa’ pasal ISA