Lepas jumpa Presiden JinPing, Anwar teruskan lawatan kerja ke Thailand
Selepas mengiringi kepulangan Presiden China, Xi Jinping dari lawatan negara, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim terus memulakan lawatan kerja beliau ke Thailand hari ini
Beliau selamat tiba di wilayah itu tengah hari tadi bagi memulakan lawatan kerja atas undangan rakan sejawatnya, Perdana Menteri Paetongtarn Shinawatra.
Perdana Menteri akan mengadakan pertemuan bagi meneruskan kemajuan perbincangan serta memperkukuh kesepakatan yang telah dicapai dalam Rundingan Tahunan Malaysia–Thailand Ke-7 di Putrajaya pada 16 Disember lalu.
“Saya turut dijadualkan bertemu barisan penasihat tidak rasmi kepada Pengerusi ASEAN bagi mendalami isu-isu serantau yang kian mendesak, selain berbincang dengan tokoh-tokoh industri Thailand.
“Moga kunjungan ini membawa manfaat kepada rakyat, dan menyuburkan lagi hubungan erat antara dua negara jiran ini demi kemakmuran rakyat,” titipnya di Facebook.
BACA JUGA Dua minggu tak ada air, SPAN dedah punca gangguan bekalan air di UniMAP