Anthony Loke mahu bersara dari politik?

Setiausaha Agung DAP Anthony Loke dilaporkan telah menetapkan garis masa persaraan untuk dirinya daripada selepas tiga penggal sebagai orang utama parti tersebut.

Menurut laporan Malaysiakini beliau berkata akan menuruti perlembagaan parti yang menghadkan seseorang memegang jawatan setiausaha agung selama tiga penggal dan tidak akan mendapatkan jawatan lain seperti pengerusi kebangsaan atau ahli jawatankuasa eksekutif pusat (CEC).

“Saya mahu bersara ketika berada di puncak – bukan tunggu sehingga orang tidak mahukan saya. Itu bukan hasrat saya. Saya mahu menentukan haluan sendiri dalam perjalanan politik ini,” beliau dipetik berkata.

Sekiranya dipilih untuk penggal terakhir, sehingga 2031, beliau akan berusia 54 tahun dan tidak berhasrat untuk bertanding di dalam pilihan raya.

Loke juga berkata bahawa kedudukannya sebagai setiausaha agung dan Menteri cabinet sekarang adalah kemuncak kerjaya politiknya.

Loke menambah bahawa beliau akan menumpukan perhatian terhadap pelaksanaan reformasi yang lebih berani dan menyediakan DAP supaya bersedia pada masa hadapan dengan mewujudkan ruang untuk pimpinan muda.

“Jika kita tidak mula menyediakan peluang sekarang untuk mereka yang berumur 20an dan 30an, parti ini akan tua dalam 10 ke 20 tahun.

“Sekarang saya tak boleh buat. Tetapi dalam penggal terakhir saya akan lebih berani – tidak ada apa untuk hilang, tidak takut untuk mengguris orang lain,” beliau dipetik berkata.

BACA JUGA: Bukan biasa-biasa, Anthony Loke ke Arab Saudi bincang bina terminal khas jemaah haji