Ramai ragu hasrat Terengganu bina “Terengganu Petroleum”
Hasrat Kerajaan Terengganu untuk menubuhkan sebuah entiti petroleum milik negeri sendiri yang dikenali sebagai Terengganu Petroleum mengundang skeptikal ramai.
Menteri Besarnya, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar mendakwa dua lapangan minyak sudah dikenalpasti oleh Terengganu Inc. dan rakan strategik untuk diambil alih operasinya.
Ia dianggap rancangan yang hampir mustahil untuk berlaku kerana difahamkan proses bidaan lapangan minyak jauh lagi untuk dimulakan. Proses bidaan akan bermula hujung tahun ini.
Beberapa pihak yakin agak terlalu awal untuk Terengganu membuat pengumuman seolah-olah sudah meraikan kejayaan.
Isu utama adalah mampukah projek itu direalisasikan atau bakal menjadi projek gajah putih seperti kebanyakan projek mega yang diumumkan pemimpin Pas, yang akhirnya tidak menjadi.
Ini bukan kali pertama pemimpin Pas-PN mengumumkan projek-projek mega yang gagal dilaksanakan. Contohnya projek Widad Langkasuka dan litar lumba dì Langkawi.
Tetapi dengan pengumuman Ahmad Samsuri, semua mahu melihat sejauh mana projek ini akan direalisasikan walaupun lebih ramai ragu dengan keberhasilannya.
BACA JUGA Jika tiada apa nak disorok Pas patut benarkan Razman jawab isu ladang babi