Seramai 12,787 pengarah syarikat diharamkan dari keluar negara, ini sebabnya

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja mengumumkan bahawa seramai 12,787 pengarah syarikat diharamkan dari keluar negara kerana gagal melunaskan caruman KWSP pekerja mereka.

Ia melibatkan 13,820 majikan yang gagal melunaskan caruman pekerja dalam tempoh Januari hingga Jun tahun lalu.

Angka ini mewakili 2.02 peratus daripada 685,399 majikan yang berdaftar dengan KWSP.

KWSP memberi amaran bahawa ia akan mengambil tindakan mahkamah terhadap majikan yang gagal melunaskan bayaran caruman yang diwajibkan.

“Kegagalan majikan membuat bayaran dalam tempoh tertentu ialah satu kesalahan serius.

“KWSP tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap majikan yang gagal.

“Ini termasuk tindakan mahkamah sivil dan jenayah demi menjaga hak pekerja,” katanya dalam satu kenyataan.

BACA JUGA: Jika tiada apa nak disorok Pas patut benarkan Razman jawab isu ladang babi