Steven Sim turun pangkat dalam DAP? Anthony Loke menjelaskan

Ramai pihak menganggap kedudukan Menteri Sumber Manusia Steven Sim di dalam DAP yang sebelum ini ialah setiausaha organisasi dan kini timbalan setiausaha agung ialah kes turun pangkat.

Bagaimanapun Setiausaha Agung DAP Anthony Loke menafikannya. Sebaliknya beliau berkata bahawa Sim ialah pemimpin DAP generasi seterusnya.

“Saya menjelaskan kepadanya. Ini ialah untuk perkembangan jangka panjangnya. Hakikatnya, Sim sudah pun menjadi antara pemimpin utama kita. Beliau Menteri dan ketua DAP Pulau Pinang.

“Untuk melangkah lebih jauh dan peranan yang lebih bererti, beliau perlu mengharungi ujian dan cabaran.

“Ada sesetengah pihak dalam parti yang punyai pandangan berlainan mengenai beliau. Mereka merasakan beliau tidak melalui dugaan dalam politik.

Sesetengah pihak merasakan jawatan Sim dalam parti hanya kenaikan pangkat pada nama meskipun ia penurunan pangkat, namun Loke merasakan ini akan memberi faedah kepada Sim.

“Untuk SIm, saya rasa ini bagus. Saya tahu orang luar menyatakan saya tidak jadikannya setiausaha organisasi dan itu selangkah ke belakang.

“Saya beritahu beliau bahawa saya mahukannya bertahan lebih lama.

Justeru itu, Sim perlu menggunakan kedudukannya sebagai ketua DAP Pulau Piang untuk membuktikan kepimpinannya dengan menyatukan dan memperkukuhkan DAP negeri itu.

“Dua tahun berikut akan menguji kepimpinan dan kebijaksanaannya.

“Jika beliau menggunakan platform ini dengan baik dan berjaya menyatukan parti di sana, masa depannya cerah.

“Sekiranya beliau gagal, maka kerjaya politiknya akan terjejas,” kata Loke.

Dua tahun kebelakangan ini DAP Pulau Pinang telah berdepan konflik dalaman berhubung barisan calon sejak 2023 dan tahun lalu di Pulau Pinang.

Isu ini turut memberi kesan kepada pemilihan kepimpinan kebangsaan DAP bulan lalu.

BACA JUGA: Anthony Loke mahu bersara dari politik?