Maszlee kekal Ketua Cabang Simpang Renggam

Mantan Ahli Parlimen Simpang Renggam, Dr Maszlee Malik mempertahankan jawatannya sebagai Ketua PKR Cabang tersebut pada pemilihan hari ini.

Bekas Menteri Pendidikan itu mendapat 125 undi manakala dua pencabarnya, iaitu Wong Yung Chin (109 undi) dan Yusof Rahman (82 undi).

Maszlee yang juga Ahli Majlis Pimpinan Pusat (MPP) PKR, kekal sebagai Ketua Cabang Simpang Renggam untuk penggal kedua sejak pemilihan pada 2022.

BACA JUGA Penyokong Pas boleh dah tolak tawaran haji, beri ruang kepada bakal jemaah lain