Penyokong Pas boleh dah tolak tawaran haji, beri ruang kepada bakal jemaah lain

Penyokong Pas sudah boleh menolak tawaran haji susulan ‘fatwa’ Presiden Pas Tan Sri Abdul Hadi Awang yang menyeru umat Islam agar mengutamakan kemenangan politik.

Sindiran itu antara reaksi orang ramai yang membanjiri media sosial menjelang berbaki enam hari lagi berlangsungnya pembuangan undi dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning.

Tidak kurang juga yang mendesak pihak berwajib supaya segera mengambil tindakan tegas terhadap pemimpin Perikatan Nasional (PN) berkenaan.

Abdul Hadi Awang

Ramai bimbang kenyataan demi kenyataan Abdul Hadi dilihat semakin menyimpang daripada nilai dan tuntutan Islam yang sebenar apabila agama ditunggang semahu-mahunya demi kepentingan politik Pas.

“Penyokong-penyokong Pas yang dah terima tawaran haji bolehlah batalkan urusan haji dan bagi tempat kepada bakal jemaah haji lain. Ramai lagi yang sudi ganti,” kata Ahmad Najmee.

“Selagi tiada tindakan daripada pihak yang dipertanggungjawabkan untuk membanterasnya selagi itulah orang Melayu jadi sesat kerana politik puak lebai yang tamak kuasa dan tunggang Islam demi tembolok dan perut sendiri,” tegas Kapitan Ayai.

“Nabi Muhammad SAW dahulu menentang kafir Quraisy di Mekah. Dia nak samakan semua yang tak menyokong Pas di Malaysia ni kafir ke?” tempelak Mahanom Mohammad.

BACA JUGA Islam tak pernah ajar tinggalkan ibadah demi merebut kuasa