Jakim, Jabatan Mufti WP teliti ‘dalil’ Hadi Awang
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) sedang dalam tindakan meneliti kenyataan Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang mengenai keutamaan mengundi pada pilihan raya berbanding menunaikan haji atau umrah.
Menurut satu kenyataan dikeluarkan hari ini, JAKIM berkata pihaknya bersama Jabatan Mufti Wilayah Persekutuan dan pihak-pihak berautoriti berkaitan sedang meneliti perkara tersebut.
Katanya, ia bagi memastikan umat Islam memahami dengan jelas kedudukan ibadah umrah dan haji dalam Islam serta menghayatinya berdasarkan panduan syarak serta tidak disalah tafsir.
“JAKIM menyeru semua pihak agar sentiasa berhati-hati dalam mengeluarkan kenyataan yang menyentuh hal-hal berkaitan agama supaya tidak menimbulkan kekeliruan dalam kalangan masyarakat,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Ucapan Abdul Hadi menimbulkan kontroversi sejak semalam selepas beliau memberi ‘signal’ supaya masyarakat Islam di negara ini mengutamakan kemenangan politik, selain perlu menangguhkan hasrat menunaikan umrah dan haji.
Dalil dikeluarkan beliau itu dibantah banyak pihak yang menegaskan bahawa tunaikan haji adalah Fardhu Ain manakala mengundi pada pilihan raya adalah Fardhu Kifayah.
Maka apabila bertembung antara kewajipan Haji yang Fardhu Ain dengan kewajipan mengundi yang Fardhu Kifayah, umat Islam perlu mengutamakan ibadah Haji yang wajib.
BACA JUGA Bekas ahli Pas tak setuju ‘dalil’ menangkan politik lebih penting dari tunai haji