Malaysia dijangka mampu tangani impak tarif Trump lebih baik berbanding negara serantau
Malaysia diyakini mampu menangani impak impak tarif timbal balas Amerika Syarikat (AS) dengan lebih baik berbanding negara serantau, menurut Moody’s Analytics.
Pengarah dan Ketua Ekonomi Asia Pasifik Moody’s Analytics, Katrina Ell, berkata berdasarkan jangkaan pihaknya, pendedahan eksport Malaysia ke AS adalah sekitar kira-kira 10 peratus, lebih kecil jika dibandingkan dengan negara serantau lain.
Katanya, negara seperti Vietnam, Kemboja dan Jepun mempunyai pendedahan eksport ke AS yang lebih besar iaitu sekitar antara 20 peratus hingga 40 peratus.
Justeru, katanya, dengan pendedahan eksport yang lebih rendah meletakkan Malaysia pada kedudukan yang lebih baik berbanding negara serantau lain.
“Perkara baik lain yang kita tahu ialah AS tidak boleh mengeluarkan semua barangan teknologi yang Malaysia memainkan peranan yang begitu penting. Itulah sebabnya pada dasarnya AS mengambil tindakan menangguhkan atau pengecualian tarif ke atas barang tertentu.
“Mereka (AS) tidak boleh melakukannya dan pengguna AS tidak mahu berbelanja lebih banyak untuk barangan teknologi.
“Justeru, ia lebih melindungi industri teknologi penting Malaysia yang adalah perkara positif,” katanya pada Sidang Meja Bulat Bursa Malaysia-ECKL-CIMB di Kuala Lumpur, baru-baru ini menurut Berita Harian.
BACA JUGA ‘Al kisah Hanayo…’, nukilan peribadi Azizulhasni Awang jadi perhatian