Balik gua, duduk diam, jauhkan diri dari media sosial, Pak Teh

Exco Perak Woo Kah Leong mempertahankan penggunaan satira dalam komentar politiknya selepas Ketua Pembangkang mengancam akan mengambil tindakan undang-undang.

“Malaysia sebuah negara demokratik bukan diktator. Semua orang ada hak bersuara,” kata Woo yang juga Adun Pasir Bedamar dalam satu kenyataan.

“Ini nasihat saya kepada Pak Teh. Lebih baik balik gua, duduk diam dan jauhkan diri dari media sosial,” kata Woo.

Woo mengkritik Adun Gunung Semanggol yang digelarnya Pak Teh kerana jahil berkenaan amalan demokrasi dunia dan mencadangkan Pak Teh merujuk kepada Google.

Di Malaysia, Pakatan Harapan pun tidak kebal dari satira sebagai kaedah menyatakan sesuatu tanpa bertindak secara ganas, lapor Malay Mail.

Woo memberikan contoh Fahmi Reza dan Zunar yang dikenali kerana menggunakan satira untuk membuat kritikam.

Woo turut menasihatkan Razman untuk fokus terhadap khidmat demi pengundi di DUNnya dan bukannya sibuk dengan satira.

Semalam Razman dilaporkan meminta Woo meminta maaf kerana menggambarkannya sebagai badut yang menunggang basikal beroda satu di atas tali sambil mengutuk DAP.

Razman turut mengancam untuk mengambil tindakan undang-undang sekiranya Woo tidak berbuat demikian.

BACA JUGA: Nasib Malaysia ibarat gajah sama gajah berjuang, pelanduk mati di tengah-tengah, apa jadi?