Nasib Malaysia ibarat gajah sama gajah berjuang, pelanduk mati di tengah-tengah, apa jadi?

Nasib Malaysia bagaikan pelanduk di dalam peribahasa Melayu, ibarat gajah sama gajah berjuang ekoran persaingan Amerika – China di dalam sektor tenaga solar.

Laporan Bloomberg menyatakan bahawa kerajaan Amerika Syarikat mengenakan duti import baharu ke atas panel solar dari Malaysia dan tiga negara lain.

Tiga negara lain yang turut terkesan ialah Vietnam, Kemboja dan Negara Thai.

Amerika menuduh Malaysia dan tiga negara lain memperoleh subsidi China dan harga yang tidak seimbang.

Putrajaya akan dikenakan duti import 34.4 peratus manakala firma Malaysia lain mungkin berdepan kadar tarif lebih tinggi.

Ini kerana pihak Amerika sedang menyiasat aduan syarikat Amerika yang risau berkenaan persaingan luar yang merugikan mereka.

Syarikat Jinko Solar umpamanya yang mengeksport dari Malaysia dan Vietnam berdepan duti 40 peratus dan 245 peratus manakala Trina Solar dan JA Solar juga berdepan tarif yang tinggi.

Washington telah cuba melindungi pengeluar solar Amerika sejak pentadbiran Biden. Kebanyakan syarikat tersebut cuba mengembangkan operasi mereka.

Keputusan tersebut dijangka memberi kesan kepada eksport solar Malaysia dan peluang pekerjaan dalam sektor tenaga boleh diperbaharui.

BACA JUGA: Nik Abduh pula ‘petik’ nama bapa tangguh haji jika ada pilihan raya