Gara-gara sindir PMX bawa cucu ke pejabat, orang ‘kuat’ Isma kena kecam tutup ruang komen
Setiausaha Agung Majlis Ulama Ikatan Muslimin Malaysia (Isma), Dr Ahmad Sanusi Azmi kena kecam gara-gara menyindir Perdana Menteri yang membawa cucu ke pejabat pada hari minggu lalu.
Dilihat sudah ‘koyak’, Ahmad Sanusi bertindak menutup ruangan komen pada hantaran berkenaan di Facebook beliau sehingga berterusan dihujani kritikan orang ramai.
Antaranya, Ustaz Zaki Sukery yang menegur Ahmad Sanusi apabila menggunapakai kisah Khalifah Umar Abdul Aziz yang memadam pelita lantaran tidak mahu menggunakan duit rakyat.
“PMX bawa datang cucu ‘melihatnya bekerja’ atas rungutan selalu tidak berada di rumah bukannya ‘menggunapakai aset Kerajaan untuk hal peribadi’.
“Sebagai contoh, jika cucu PMX datang membuat kerja sekolah menggunapakai alat tulis hak milik Bangunan Perdana Putra itu memang terang-terang salah tatakelola.
“Cuma tiadakah kisah PMX tak ambil gaji, tidak tinggal di kediaman rasmi dan menganjurkan majlis ilmu dan mujalasah ulama’ di Kompleks Seri Perdana?” tempelaknya.
BACA JUGA Wajib mengundi masih dalam ‘fardu kifayah’ bukan fardu ain