PRK DUN Ayer Kuning: Peratusan keluar mengundi awal 93.4 peratus
Peratusan keluar mengundi awal bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Ayer Kuning hari ini merekodkan sebanyak 93.4 peratus, maklum Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR).
Setiausaha SPR, Datuk Ikmalrudin Ishak berkata, seramai 500 orang pengundi awal yang terdiri daripada anggota Polis dan pasangan Polis PGA terlibat dalam proses keluar mengundi hari ini.
“SPR merakamkan ucapan tahniah dan syabas kepada Pegawai Pengurus Pilihan Raya dan pasukan kerana telah menjalankan tanggungjawab dengan amat baik,” katanya.
PRK DUN Ayer Kuning pada 26 April ini diadakan susulan kematian penyandangnya Ishsam Shahruddin akibat serangan jantung pada 22 Februari lalu.
PRK tersebut menyaksikan pertandingan tiga penjuru antara calon Barisan Nasional (BN) Dr Mohamad Yusri Bakir, calon Perikatan Nasional (PN) Abd Muhaimin Malek dan calon Parti Sosialis Malaysia (PSM) Bawani KS.
BACA JUGA Terbukti salah negeri Kedah, lunyai saya dimaki konon berdendam