Undi Pas & tangguh haji: Kalau Pas menang belum tentu Islam menang
OLEH AHMAD MURSI
Hj Hadi dakwa “(Ibadah) Haji boleh ditangguh, kemenangan politik tidak boleh tangguh. Islam mesti berkuasa.”
Tapi Pas bukan ‘agama Islam’, tapi hanya parti ciptaan manusia sama seperti parti lain.
33 bulan Pas jadi kerajaan tebuk atap dan Hj Hadi jadi duta khas, apa bukti ‘Islam telah berkuasa’. Ada nampak apa-apa yang luar biasa ke selain naikkan cabutan judi?.
Zaman MADANI pula, tanpa retorik seperti Pas, lebih banyak inisiatif perkukuh agama Islam telah dibuat.
Jika Pas dakwa undi Pas lebih penting daripada tunaikan Haji, itu hanyalah menunggang agama untuk naikkan pemimpin Pas yang tidak kompeten.
Dengan tunggangan itu, Pas tidak perlu lagi bersaing atas dasar kebolehan calon dan kecekapan parti.
Walhal, Islam anjurkan pilih pemimpin yang kompeten (Qawiy), bukan kaki ponteng atau makan gaji buta atau tidak Qawiy seperti pemimpin Pas, apatah lagi yang sedang uzur.
“Sesungguhnya sebaik-baik orang yang diambil bekerja ialah yang KUAT (KOMPETEN) lagi AMANAH.” — al-Qasas 28:26.
Bila pemimpin tak layak dipilih atas nama agama, maslahah ummah terkorban. Objektif siyasah syar’iyyah gagal.
Jika dikatakan, “Undi Pas itu Islam. Undi parti lain walaupun Islam — tak dikira Islam”, itu politik ala Khawarij.
Jika kerana DAP dalam kerajaan, maka MADANI tidak lagi dianggap ‘Islam berkuasa’, Pas juga pernah 10 tahun menjadi kerajaan bersama DAP di Selangor.
Cuma kini Pas dah jadi ‘pak turut’ parti GERAKAN. Itu sahaja bezanya.
BACA JUGA Balik gua, duduk diam, jauhkan diri dari media sosial, Pak Teh