Walau banyak isu sosial, timbalan MB kata Kelantan negeri paling selamat

Peningkatan masalah sosial di Kelantan terutama membabitkan soal penyalahgunaan dadah dibangkitkan dalam sidang DUN hari ini.

Timbalan Menteri Besarnya, Datuk Mohamed Fadzli Hassan berkata, walaupun isu sosial kerap dibangkitkan, namun penilaian keseluruhan perlu dibuat secara adil dan berpandukan data yang sah.

Kata beliau, biarpun banyak persepsi negatif dilemparkan, Kelantan adalah negeri kedua paling selamat selepas negeri Sabah dengan nisbah 96 jenayah indeks bagi setiap 100,000 penduduk.

“Itu membuktikan keadaan keselamatan di Kelantan berada dalam tahap sangat baik dan tidak boleh dinilai hanya melalui satu dua kes yang berlaku,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan ADUN Galas, Mohd Syahbuddin Hashim (UMNO) dalam sidang DUN hari ini

Fadzli berkata semua pihak sepatutnya lebih adil dalam melihat isu masalah sosial ini dan tidak menghukum mana-mana negeri kerana ia bukan hanya berlaku di Kelantan tetapi di seluruh negara.

BACA JUGA Isu babi masih jadi modal menjelang PRK DUN Ayer Kuning