Ada apa dengan buatan Indonesia? KPDN, JAKIM kerjasama keluarkan produk ada DNA babi

Produk makanan Indonesia di pasaran tempatan yang didapati mengandungi asid deoksiribonukleik (DNA) babi akan dikeluarkan.

Tindakan itu melibatkan Kerjasama Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN)serta Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).

Menteri KPDN, Datuk Armizan Mohd Ali, berkata pihaknya mengadakan perbincangan dengan JAKIM untuk memastikan produk tersebut dikeluarkan segera dari pasaran negara.

“Sebaik kita dapat maklumat terbabit, kita ada perbincangan dengan JAKIM untuk memastikan produk berkenaan dapat dikeluarkan segera dari pasaran kita.

“Jadi, kita akan bekerjasama dengan JAKIM dan agensi agama peringkat negeri, bersandarkan pengumuman dibuat badan halal Indonesia, kita akan ambil tindakan segera,” katanya, dipetik BH.

BACA JUGA Ini sebabnya Nurul Izzah disenarai antara 30 individu berpengaruh