Amaran ribut petir dan hujan lebat di enam negeri sehingga tengah hari

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir dan hujan lebat di enam negeri sehingga jam 12 tengah hari ini.

Negeri terlibat adalah Perak, Pahang, Negeri Sembilan, Melaka, Johor dan Sabah.

Di Perak, daerah yang terlibat termasuklah Bagan Datuk, Hilir Perak, Batang Padang dan Muallim.

Pahang membabitkan Kuantan, Bera, Pekan dan Rompin. Negeri Sembilan (Jempol dan Tampin); Melaka (Jasin).

Manakala Johor (Tangkak, Segamat, Muar, Batu Pahat, Kluang dan Mersing).

Sabah: Sandakan (Telupid, Beluran dan Sandakan) dan Kudat (Pitas).

MetMalaysia berkata, ribut petir kebiasaannya akan disertai dengan angin kencang dan hujan lebat yang boleh menyebabkan banjir kilat.

Dalam keadaan ekstrem, ribut petir juga menghasilkan hujan batu dan puting beliung.

BACA JUGA Selepas Rafizi akui lunyai kena maki, boleh pula Exco Kedah komen sinis begini