Amaran ribut petir, hujan lebat di tiga negeri ini sehingga jam 4 petang
Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang melibatkan tiga negeri yang dijangka berterusan sehingga jam 4 petang ini.
Menerusi laporan ramalan cuaca yang dikeluarkan jam 12 tengah hari ini, antara yang terjejas ialah Terengganu (Dungun dan Kemaman) dan Pahang (Kuantan, Pekan dan Rompin).
Turut diramal berdepan cuaca sama ialah Johor membabitkan daerah Mersing, Pontian, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru.
“Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.
“Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran,” menurut METMalaysia lagi.
BACA JUGA Dah main sentimen perkauman tiba-tiba dakwa ada keturunan darah Cina