Adun Pas di Pahang kena ‘bantai’ selepas buat perbandingan dengan Terengganu
Ketua pembangkang Dewan Undangan Negeri (DUN) Pahang dari Pas mengundang kritikan dan sindiran orang ramai gara-gara membuat perbandingan tidak betul dengan Terengganu.
Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Cheka mencadangkan supaya Kerajaan Negeri Pahang mewujudkan Tabung Kebajikan Bencana Pahang seperti Tabung Kebajikan Bencana Terengganu.
Timbalan Presiden Pas itu berkata, Tabung Bencana Terengganu diperuntukkan sebanyak RM1 juta pada 2024 manakala RM2 juta pada tahun ini.
“Penerima (Terengganu) dah terima sebanyak RM588,000 melibatkan 679 penerima.
“Kita fokus kepada Tabung Bencana. Adakah kita nak buat atau tidak, tak perlu meleret kepada perkara lain,” tegasnya.
Walau bagaimanapun, maklum balas Exco Pertanian, Industri Asas Tani, Bioteknologi dan Pendidikan Pahang, Datuk Seri Mohd Soffi Abd Razak adalah ‘mengejutkan’.
Beliau yang juga Adun Benta menyatakan Tabung Bencana Pahang sudah wujud dengan memberitahu jumlah peruntukan sejak 2023 adalah lebih tinggi daripada Terengganu.
“Tabung Bencana Pahang hanya RM7.6 juta pada 2023. Tahun 2024, tak banyak… RM10 juta.
“Tahun 2025, kita cadangkan hanya RM10 juta,” jelasnya dilihat dalam nada sinis apabila mengulang perkataan “hanya”.
BACA JUGA Ulama Pas ini akhirnya diperintah bayar RM10,000, mohon maaf kepada Rayer di mahkamah