Inflasi Malaysia kekal rendah hasil pengurusan ekonomi konsisten

Kadar inflasi negara bagi Mac 2025 kekal rendah sebanyak 1.4 peratus, menurut laporan inflasi terkini oleh Jabatan Perangkaan Malaysia.

Sejak Mac tahun lalu, kadar inflasi kekal di bawah 2 peratus setiap bulan.

Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli berkata, dalam suasana ekonomi global yang tidak menentu, ia satu pencapaian yang baik hasil daripada dasar fiskal dan pengurusan ekonomi yang konsisten.

Jika diteliti, beberapa kategori perbelanjaan asas rakyat bukan sahaja stabil, malah menunjukkan penurunan harga

Harga keseluruhan daging menurun 0.4%, dipacu oleh penurunan harga daging lembu tempatan sebanyak -4.3%.

Harga beras juga terus menurun sebanyak -0.9% (Februari 2025: -0.3%).

Namun adakah kita akan kembali ke paras harga sebelum Covid-19, Rafizi berkata dengan jelas bahawa ia tidak berlaku.

“Terus terang, tidak. Tetapi kerajaan akan terus memantau dan memastikan kadar inflasi terkawal supaya rakyat boleh merancang kehidupan dan kewangan dengan lebih yakin,” ujarnya di Facebook.

Dari segi perbandingan serantau, kadar inflasi Malaysia (1.4 peratus) lebih rendah berbanding Filipina (1.8 peratus) dan Vietnam (3.1 peratus), namun lebih tinggi berbanding Thailand (0.8 peratus) dan Indonesia (1.0 peratus).

BACA JUGA Penasihat Pak Lah cerita bagaimana pihak minta pengaruhi hakim agar Anwar kekal di penjara