Penasihat Pak Lah cerita bagaimana pihak minta pengaruhi hakim agar Anwar kekal di penjara
Bekas penasihat Allahyarham Tun Abdullah Ahmad Badawi, Kalimullah Hassan menceritakan bagaimana ada pihak tertentu cuba mendesak bekas Perdana Menteri Kelima itu untuk campur tangan dalam keputusan mahkamah agar Datuk Seri Anwar Ibrahim terus dipenjarakan.
Pada 2004, ketika rayuan Anwar dibawa ke Mahkamah Persekutuan, Kalimullah dan Khairy Jamaluddin didekati beberapa “orang yang sangat berkuasa”, meminta supaya Abdullah campur tangan dalam kes itu.
Bagaimanapun Abdullah tidak berganjak, menolak untuk campur tangan dalam urusan mahkamah kerana percaya dengan balasan Allah SWT.
“…ada orang-orang sangat berkuasa cuba untuk mendapatkan Pak Lah mempengaruhi institusi kehakiman. Siapa siapa yang berjumpa saya dan KJ (menantu Pak Lah), akan minta kita orang mempengaruhi Pak Lah.
“Kita cerita dekat Pak Lah tentang usaha-usaha mempengaruhi hakim dan orang rapat ini minta restu Pak Lah untuk (berbuat demikian).
“Muka beliau berkerut. Beliau tanya what is your advice. KJ dan saya kata we cannot interfere. Baru dia senyum. Dan dia kata ya sebagai orang Islam kita kena percaya pada hukum Islam.
“Hakim itu ada peranan dia. Eksekutif itu ada peranan dia. Saya tak dengar semua bukti di mahkamah, kalau saya mempengaruhi hakim, besok saya kena jawab pada Tuhan saya,” kongsinya dalam podcast Keluar Sekejap.
Penasihat Pak Lah itu berkata, Pak Lah tidak mahu bertanggungjawab di hadapan Allah jika beliau mencampuri urusan mahkamah untuk menzalimi Anwar.
“Dan saya (Pak Lah) tidak mahu tanggungjawab. Kalau hakim buat keputusan salah, hakim kena jawab pada tuhan. I don’t want to be responsible in front of my god and I’m not interfering. I glad you give me that advice,” kongsinya lagi.
BACA JUGA Saya datang sebagai tetamu bukan artis undangan berbayar – Siti Nurhaliza perjelas