SPM 2024 catat rekod terbaik, 14,179 pelajar raih semua A
Seramai 14,179 calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2024 memperoleh keputusan cemerlang gred A+, A dan A- dalam semua mata pelajaran, berbanding hanya 11,713 calon pada 2023.
Ketua Pengarah Pendidikan Datuk Azman Adnan berkata, angka ini menunjukkan peningkatan lebih baik sebanyak 0.6 peratus.
Menurutnya, keputusan SPM 2024 mencatatkan pencapaian terbaik sejak 2013 dengan Gred Purata Kebangsaan (GPK) 4.49, berbanding 4.60 pada 2023.
“Bilangan calon mendapat sekurang-kurangnya kepujian atau Gred C dalam semua mata pelajaran pada 2024 turut menunjukkan peningkatan 0.4 peratus iaitu seramai 86,040 berbanding 83,112 calon pada tahun sebelumnya,” katanya dalam sidang media keputusan SPM 2024, tadi.
BACA JUGA Inflasi Malaysia kekal rendah hasil pengurusan ekonomi konsisten