Pakar dalam membakar sentimen perkauman, cermin diri dahulu, Pas
Pemuda DAP telah mengiktiraf Pas sebagai parti pakar dalam bidang membakar sentimen perkauman di dalam masyarakat.
Ia ekoran tuduhan yang dibuat oleh pengarah pilihan raya Pas, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor.
Ketua Pemuda DAP Woo Kah Leong merujuk kepada dakwaan presiden Pas Tan Sri Abdul Hadi Awang yang pernah mendakwa bukan Islam dan bukan Bumiputera adalah punca rasuah berleluasa.
Beliau turut menasihatkan mencerminkan diri sebelum membuat tuduhan melulu.
Woo turut merujuk kepada dakawaan Ahli Parlimen Kepala Batas Siti Mastura Muhammad yang terpaksa membayar RM823,000 kerana memfitnah tiga pimpinan DAP kononnya mempunyai hubungan persaudaraan dengan mantan setiausaha agung Parti Komunis Malaya, mendiang DAP.
Satu lagi contoh yang diberikan ialah dakwaan Pas bahawa rakyat Malaya mengibarkan bendera China di Perak ketika sambutan perayaan di Perak. Pihak polis mengesahkan pihak yang berbuat demikian warga China.
“Sebagai pakar dalam membakar semangat perkauman, Pas tiada hak untuk menuduh pihak lain berbuat demikian,” kata Woo dalam satu kenyataan.
Malam tadi, Sanusi yang juga Menteri Besar Kedah menuduh DAP membakar semangat perkauman dan menafikan Bersatu dan Pas berbuat demikian.
Sanusi membuat dakwaan tersebut dalam satu ceramah di Bidor, Perak
BACA JUGA: Kekalkan momentum beri sokongan penuh kepada calon BN