Kenaikan elaun tetap petugas kesihatan paling lewat Jun

Kenaikan Elaun Tugas Atas Panggilan (ETAP) bagi petugas kesihatan dijangka dapat dimuktamadkan paling lewat Jun ini.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata, perbincangan mengenai berita gembira itu di peringkat jawatankuasa ditubuhkan sudah di tahap akhir.

Beliau ketika sidang media di Kota Bharu hari ini berkata, pengumuman rasmi mengenai perkara itu akan dibuat secepat mungkin.

“Jawatankuasa dipimpin Tan Sri Abu Bakar Suleiman (bekas Ketua Pengarah Kesihatan) sedang giat berbincang dan ia sudah di peringkat akhir.

“Saya tak berani memberi tarikhnya (pengumuman rasmi) tapi kita akan umumkan dalam waktu terdekat.

“Paling lewat Jun ini, tapi saya sendiri kalau boleh mahu selesaikan Mei sebab tahu mereka (petugas kesihatan) bekerja dengan kuat,” katanya.

Dr Dzulkefly berkata demikian ketika hadir merasmikan Program Madani Afiat peringkat negeri Kelantan 2025 di Mydin Mall Tunjong, di Kota Bharu.

BACA JUGA Asas ekonomi negara kekal kukuh, berdaya tahan – Menteri Kewangan II