PRK Ayer Kuning: 34.06 peratus keluar mengundi setakat jam 12 tengah hari
Peratusan keluar mengundi bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning mencatatkan 34.06 peratus setakat jam 12 tengah hari, menurut Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).
Setakat ini, proses mengundi di 19 pusat pengundian membabitkan 63 saluran berjalan lancar dalam keadaan cuaca baik.
Proses pengundian bermula jam 8 pagi hingga 6 petang ini sebelum proses penjumlahan undi berlangsung di Dewan Merdeka Tapah.

SPR semalam memaklumkan keputusan rasmi PRK DUN Ayer Kuning dijangka akan diperoleh sekitar jam 9 malam ini jika proses pengundian dan pengiraan undi berjalan lancar tanpa sebarang gangguan.
Setiausaha SPR, Datuk Ikmalrudin Ishak berkata, bagaimanapun keputusan tidak rasmi mungkin diperoleh lebih awal.
Sejumlah 601 petugas termasuk polis pengiring terlibat sepanjang roses pengundian DUN Ayer Kuning.
Pada 22 April lalu, sebanyak 93.4 peratus daripada 500 anggota polis dan pasangan telah membuang undi.
Selain itu, SPR mengeluarkan 116 kertas undi pos kepada mereka yang berhak mengundi secara pos.
BACA JUGA Pengundi Ayer Kuning diseru keluar awal