PRK Ayer Kuning: Proses penjumlahan undi bermula

Semua 19 pusat pengundian yang dibuka sejak jam 8 pagi tadi, ditutup secara rasmi sekaligus bermulanya proses pengundian bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning.

Terdapat 18 pusat pengundian ditutup pada jam 6 petang ini, kecuali pusat pengundian di Sekolah Kebangsaan (SK) Toh Tandewa Sakti yang ditutup lebih awal pada jam 4 petang.

Semua peti undi daripada 63 saluran terbabit akan dibawa ke pusat penjumlahan rasmi undi di Dewan Merdeka Tapah.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menjangkakan keputusan rasmi PRK berkenaan diumum seawal jam 9 malam.

Seramai 31,281 pengundi berdaftar bagi memilih wakil rakyat baharu kawasan itu.

Sebanyak 54 peratus pemilih keluar mengundi setakat jam 4 petang.

BACA JUGA BN raih 68 peratus sokongan pengundi Ayer Kuning – IDE