Calon Pas kalah kepada PSM di 3 PDM, pukulan memalukan untuk PN

Calon Perikatan Nasional (PN) dari Pas kalah kepada calon Parti Sosialis Malaysia (PSM) di tiga Pusat Daerah Mengundi (PDM) dalam pilihan raya kecil Air Kuning.

Selain itu, Pas kehilangan 3 PDN yang dimenangi dalam pilihan raya umum lalu apabila hanya berjaya mengekalkan satu dari empat PDM yang dimenanginya sebelum ini.

Calon PSN tewaskan calon PN di PDM Banir Utara apabila mendapat 39 undi berbanding calon Pas yang hanya mendapat 22 undi.

Calon Umno dari BN menang di PDM ini apabila mendapat 153 undi.

Di PDM Kampung Coldstream pula calon Pas hanya mendapat 23 undi berbanding calon PSM yang mendapat 66 undi manakala calon BN apabila mendapat 708 undi.

Calon Pas juga paling corot di PDM Ayer Kuning Selatan apabila hanya mendapat 31 undi berbanding calon PSM yang mendapat 107 undi manakala calon BN yang mendapat 346 undi.

Dalam PRK ini, calon Pas hanya menang di PDM Tanjong Keramat dari 20 PDM yang ada di Air Kuning.

Pada peringkat awal, calon Pas dari PN dijangka akan mendapat undi simpati dari pengundi Cina ekoran kes pemusnahan ladang durian di Raub.

Namun, tindakan Pas memainkan isu babi dari perpektif perkauman telah menyebabkan 90% pengundi Cina menyokong calon BN, sembilan peratus mengundi calon PSM dan hanya satu peratus yang mengundi calon Pas.

Calon Barisan Nasional (BN), Mohamad Yusri Bakir menang PRK DUN Ayer Kuning, Perak dengan majoriti 5,006 undi, berbanding hanya majoriti 2,213 dalam pilihan raya lalu.

Keputusan rasmi diumumkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) malam tadi.

Mohamad Yusri yang juga Setiausaha UMNO Bahagian Tapah, meraih 11,065 undi, mengatasi Abdul Muhaimin yang memperolehi 6,059 undi, manakala calon PSM, Bawani KS mendapat 1,106 undi.

BACA JUGA Nasib JDT sama dengan BN/PH, menang selesa