Kari ayam Malaysia kari terbaik di dunia, kata kajian
Sebuah platform makanan dalam talian yang menggambarkan laman itu sebagai ensiklopedia rasa dan atlas dunia bagi hidangan tradisional, menobatkan kari ayam Malaysia sebagai stew terbaik dunia dalam senarai 50 Stew Terbaik.
TasteAtlas menyenaraikan kari ayam Malaysia dalam senarai 50 stew terbaik dunia.
Kari Ayam menduduki tempat pertama, diikuti Kari Phanaeng dari Thailand dan Dzhash dari Armenia, manakala Murgh Makhani dari India dan Kalle Pache dari Iran melengkapkan lima tangga teratas.
TasteAtlas dalam laman sesawangnya menyatakan bahawa penarafan makanan dibuat berdasarkan pendapat komuniti globalnya, selain kualiti dan keaslian sesuatu hidangan tradisional.
Antara stew lain dalam 10 tempat teratas termasuk Rendang dari Indonesia (keenam), Keema dari India (kelapan), dan Hunkar Begendi dari Turkiye (kesembilan), mencerminkan pengaruh kuat masakan Asia.
Senarai itu turut menampilkan beberapa hidangan lain dari rantau ini seperti Kari Massaman dari Thailand (ketujuh), Kari Hijau (ke-26), dan Bo Kho dari Vietnam (ke-36).
Menurut platform itu, lebih 10,000 item makanan dan minuman dikatalogkan setakat ini, dengan ribuan lagi sedang dalam kajian dan pemetaan, termasuk pelbagai kepakaran tempatan yang jarang dikenali atau hampir dilupakan.
BACA JUGA Hasbie Muda kecam Pas jaja politik perkauman sampai ke Singapura