Pas kini hanya kucing basahan selepas terjun Sungai Bidor mencari najis babi

Pas dan Perikatan Nasional (PN) bukan lagi harimau bertaring tetapi sekadar kucing basahan akibat terjun ke Sungai Bidor untuk mencari najis babi.

Demikian kata penganalisis dari Umno, Datuk Dr Noor Azizan (gambar bawah) mengulas keputusan Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Ayer Kuning.

“PRK Ayer Kuning membuktikan satu perkara: Pas dan PN bukan lagi harimau bertaring , tapi sekadar kucing basahan akibat terjun Sungai Bidor,” kata Noor Azizan dalam analisis awalnya selepas BN diumumkan menang selesa di Air Kuning.

Bagi beliau, walaupun Pas dan PN sibuk mencari alasan, “fakta tetap fakta — BN tambah majoriti, 𝘀𝗮𝗽𝘂 𝟭𝟵 𝗱𝗮𝗿𝗶 𝟮𝟬 𝗣𝗗𝗠 tanpa ampun.”

“𝗟𝗲𝗯𝗶𝗵 𝗽𝗲𝗱𝗶𝗵, 𝘂𝗻𝗱𝗶 𝗠𝗲𝗹𝗮𝘆𝘂 𝗱𝗮𝗻 𝗮𝗻𝗮𝗸 𝗺𝘂𝗱𝗮 𝘆𝗮𝗻𝗴 𝗸𝗼𝗻𝗼𝗻𝗻𝘆𝗮 “𝘀𝗼𝗹𝗶𝗱” 𝘀𝘂𝗱𝗮𝗵 𝗯𝗲𝗿𝗽𝗮𝗹𝗶𝗻𝗴 𝗮𝗿𝗮𝗵,” kata beliau dalam analisis awal yang disiarkan dalam Facebook beliau.

Bagi Pengarah Strategik Umno itu, sekarang bukan lagi zaman orang percaya sembang kosong dan fitnah murahan.

“Pengundi hari ini lebih bijak: mereka pilih akal, bukan amarah,” katanya.

Tamparan keras

Bagi Dr Azizan, 𝗣𝗥𝗞 𝗶𝗻𝗶 memberikan 𝘁𝗮𝗺𝗽𝗮𝗿𝗮𝗻 𝗸𝗲𝗿𝗮𝘀 kepada Pas dan PN kerana “𝗿𝗮𝗸𝘆𝗮𝘁 𝗺𝗮𝗵𝘂 𝗸𝗲𝘀𝘁𝗮𝗯𝗶𝗹𝗮𝗻, 𝗯𝘂𝗸𝗮𝗻 𝗱𝗿𝗮𝗺𝗮 𝗽𝗼𝗹𝗶𝘁𝗶𝗸 𝟮𝟰 𝗷𝗮𝗺.

“Kalau masih tak sedar, tunggulah PRU depan, mungkin terus tenggelam,” katanya.

Ketika calon BN berusaha bertemu seramai mungkin pengundi di Ayer Kuning, para pemimpin Pas sibuk mencari najis babi yang didakwa mereka melimpah dari ladang ternakan itu.

Antara aksi pemimpin Pas yang diketuai Ketua Penerangannya, Fadli Shaari adalah meredah sungai di Ayer Kuning untuk mencari najis babi.

Calon Barisan Nasional (BN), Mohamad Yusri Bakir menang PRK DUN Ayer Kuning, Perak dengan majoriti 5,006 undi, keputusan rasmi diumumkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Mohamad Yusri yang juga Setiausaha UMNO Bahagian Tapah, meraih 11,065 undi, mengatasi Abdul Muhaimin yang memperolehi 6,059 undi, manakala calon PSM, Bawani KS mendapat 1,106 undi.

Bagaimanapun peratusan keluar mengundi pada PRKL kali ini mencatatkan penurunan sebanyak 15.4 peratus berbanding 73.47 peratus yang direkodkan pada Pilihan Raya Negeri (PRN) lalu.

BACA JUGA BN bergaya pertahan Ayer Kuning, sah raih majoriti 5,006 undi