Ustaz Yusri dah mula tugas jumpa rakyat, tunai manifesto
Setelah diumumkan sebagai wakil rakyat baharu di DUN Ayer Kuning, Dr Mohamad Yusri Bakir tidak menunggu lama untuk terus menjalan tugas meninjau masalah rakyat di bawah.
Ketika ditemui pemberita hari ini, Mohamad Yusri melawat sevuah projek baik pulih rumah milik seorang warga emas yang merupakan usaha bekas ADUN terdahulu, Allahyarham Ishsam Sharuddin.
“Kehadiran saya hari ini untuk meninjau perkembangannya. Insya-ALLAH kerja-kerja baik pulih akan dimulakan minggu depan,” katanya ketika ditemui.
Beliau memberi komitmen untuk terus mendahulukan masalah rakyat sepertimana manifesto tiga tekad, tujuh tawaran yang dibentangkan semasa kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Ayer Kuning.
“Bantuan baik pulih ini juga salah satu daripada aspirasi tawaran tersebut dan sebenarnya ia sudah pun kita laksanakan ketika tempoh Allahyarham menjadi wakil rakyat.
“Saya akan meneruskan usaha-usaha tersebut memastikan bantuan dan keselesaan penduduk dapat kita ikhtiarkan,” katanya.
BACA JUGA Pas kini hanya kucing basahan selepas terjun Sg Bidur mencari najis babi