Berita baik untuk rakyat, Menteri umum jumlah had kampit beras yang boleh dibeli
Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Seri Mohamad Sabu telah mengumumkan berita baik untuk rakyat Malaysia.
Had beras tempatan yang boleh dibeli telah dilonggarkan.
“Beras tempatan boleh dibeli lebih daripada dua kampit tak lebih dari lima kampit.
“Lebih tiga juta kampit sedang ada dalam pasaran,” umum beliau di perhimpunan bulanan dan Majlis Ramah Mesra Aidilfitri Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan, di MAEPS, Serdang.
Sebelum itu beliau mengumumkan beras tempatan yang boleh dibeli terhad kepada dua kampit sahaja.
Beliau turut menyentuh isu pembaziran makanan yang meningkat dalam bulan Ramadan.
“Dapatan dari SWCorp dianggarkan 90,000 tan makanan dibazirkan dalam bulan Ramadan sahaja dengan peningkatan sebanyak 15 hingga 20 peratus berbanding dengan bulan lain.”
Isu ini membimbangkan kerana ia memberikan kesan ekonomi negative dan bertentangan dengan ajaran Islam, katanya.
Isu keberadaan beras putih tempatan merupakan salah satu isu yang membelenggu kementerian beliau sebelum ini.
BACA JUGA: Mat Sabu kritik hipokrasi pemimpin dunia di majlis pengebumian Pope Francis