Kenaf: Menteri beri cadangan untuk bina ekosistem

Menteri Perladangan dan Komoditi Datuk Seri Johari Abdul Ghani telah mencadangkan beberapa langkah yang perlu diambil agar kenaf boleh menjadi komoditi negara dengan mengambil kira pengajaran dari komoditi utama negara yang lain seperti kelapa sawit, getah asli dan koko.

“Kita rugi kerana ekosistem pada masa lalu telah hilang kerana kesilapan langkah yang diambil,” kata Johari di majlis jamuan tengah hari Lembaga Kenaf dan Tembakau Negara di Hotel Renai, Kota Bharu, Kelantan, semalam.

Malaysia pernah mengeksport sekitar RM100 billion kelapa sawit dan hasil sampingannya pada masa lalu. Hari ini Malaysia mengimport kelapa sawit untuk memenuhi permintaan.

Menurut beliau ekosistem yang sedia ada tidak sesuai untuk getah asli dan koko dan menyebabkan kedudukan Malaysia terjejas dalam senarai pengeluar getah asli meskipun kekal dalam kedudukan 10 negara teratas pengeluar getah asli.

Isu ekosistem dibangkitkan beliau juga kerana tindakan Amerika Syarikat yang mengenakan tarif timbal balik yang memberi kesan kepada pasaran global komoditi negara.

Mengambil iktibar daripada komoditi tersebut Johari menyeru LKTN untuk belajar dari kesalahan lalu. Contohnya menoktahkan penanaman tembajau hanya kerana Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO)menyatakan merokok ialah ancaman kesihatan umum.

WHO mahu mengekang penanaman tembakau bukannya mengembangkan.

“Namun langkah menyahkan penanaman tembakau dan bayaran sebanyak RM100 juta dibuat sebagai pampasan kepada para petani.

Lawatan ke Bangladesh dan China

Ini telah menjadi batu penghalang kepada industri dan turut menyumbang kepada perubahan kepada kenaf pada kadar yang lambat.

Untuk membina ekosistem yang mapan bagi industri kenaf. Johari telah mencadangakan lembaga pengarah LKTN ke Bangladesh dan China.

“Tanpa kemahiran yang diperlukan, ia akan menjadi sukar. Saya telah memberikan beberapa cadangan kepada LKTN, termasuk mempelajari kejayaan kelapa sawit, getah asli dan koko – komoditi yang telah menjadi bahan eksport negara.

“Salah satu cadangan ialah untuk menghantar ahli lembaga pengarah LKTN ke negara seperti Bangladesh dan China di mana penghasilan dan pemprosesan kenaf telahpun diwujudkan,” katanya.

Menurut beliau Bangladesh dan China hanya menumpukan perhatikan kepada pemprosesan kenaf yang mudah tetapi berjaya membina industri yang kukuh.

“Kenaf belum mencapai tahap seperti kelapa sawit, getah atau koko jadi kita perlu belajar dan mempromosi industri ini.

“Melalui lawatan tersebut kita boleh memahami proses dan kemahiran yang diperlukan dan disesuaikan di dalam negara.”

BACA JUGA: Kerajaan persekutuan digesa percepatkan penggantian tembakau kepada kenaf